hey ladies, jom kita berangan-angan sekejap nak? tiba-tiba rasa nak berangan nak kahwin. bestnya. i mean the best part are when u have to choose your own wedding card, wedding gown, wedding cake, and etc etc. huffffttt~ ada sesetengah orang yang merasakan semua ni melecehkan, membuang masa, dan hanya nak sewa wedding planner untuk merancang hari bahagia mereka. tapi bukan aku. aku lebih rela bersengkang mata, berpenat lelah menguruskan ini semua untuk memastikan semuanya berjalan seperti apa yang aku mahukan pada hari pernikahan aku.
dulu masa abang aku kawin pun, aku dan ibu lah yang sibuk menguruskan segalanya. dan aku jugaklah yang buat dan reka sendiri dulang hantaran. sirih junjung mak lang yang buat. aku masih belum qualified untuk buat. hahaha! tapi tetap aku duduk di sebelah mak lang dari A sampai Z proses pembikinan sirih junjung. i dont know why. tapi adrenalin aku rasanya meningkat ke maksimum kalau melibatkan hal-hal perkahwinan ni..walaupun pernikahan orang lain. seronok menyusun atur. hmm, maybe instead of being a dentist i should be a wedding planner??? (ahahaha, nak pelangkong??)
ok. biasanya sebelum pernikahan harus ada merisik dahulu. ikut adat melayu lah ye. kita kan orang melayu. orang perempuan juga untung. dapat cincin sebentuk. lepas merisik, bertunang pulak. orang perempuan lagi beruntung, dapat lagi cincin sebentuk. kalau mengikut citarasa aku, aku lebih gemar cincin emas perak yang simple tapi kelihatan outstanding. sesuai dengan pekerjaan aku sebagai doktor gigi nanti. tak kan lah nak merawat orang pakai gloves terjojol segala berlian, permata, intan...
tak lama kemudian, tibalah hari yang dinantikan. hari pernikahan :) nak start dengan apa. ok, yang paling crucial. kad jemputan. hmm....rasa macam nak kad jemputan yang klasik, lain dari yang lain. tapi masalahnya, yang unik ni biasanya ada kekurangan dalam bab pos mengepos. haih..contohnya.....
ha....kalau dah kad jemputannya macam ni..kenalah bagi by hand. nak mengepos macam mane pulak. unik memang unik. but still, not practical i guess. yang penting my wedding card have to be white or gold in color :))
wedding cake??errr.yang ni tak berapa kesah. sebab secantik mana pon akan berkecai juga dicincang oleh pengantin. dan dihadam oleh tetamu :P but, this is so sweet....
ok. cincin sudah, kad jemputan sudah, kek kawin sudah. apa lagi? baju nikah! baju sanding! phew~ ok, kalau nak cakap bab ni.. aku memang excited. and of course all the materials i won't buy in Malaysia. obviously~ aku akan cari sendiri dekat indonesia, di bandung. banyak sangat pilihan. cantik-cantik belaka. dan murah. rasanya kalo beli kain di sini dan upah jahit disini lebih kurang sama harga kalau sewa baju pengantin di KL. seriously~ aku tak pernah terpana melihat mana-mana baju pengantin sebelum ini sehingga lah aku tengok filem lokal indonesia hari untuk amanda. stuning babe baju pengantin dia! and aku tak sabar nak tunggu dvd cerita ni keluar. nak beli. so boleh la ciplak baju sebijik macam tu :))
bukan untuk aku sahaja. tapi aku pun akan siapkan baju untuk ahli keluarga sekali. biar semuanya pakaian sedondon :) putih or krim.
pelamin?
tapi aku nak tema warna gold sebenarnya.
dulang hantaran?masih tak tahu mahu yang tradisional atau pun modern. cuba jugak google, tapi tak jumpa yang menarik. mahu yang simple saja but yet stunning. setakat ni hantaran yang paling cantik pernah tengok adalah hantaran perkahwinan serina chef wan. tak silap tema warna silver dan ..... err, tak pastilah. kalau nak tengok cuba tengok video di laman tv3 wanita hari ini :)) very the boom!
tapi yang pastinya, yang akan tersedak membaca entri kali ini adalah, mohd faeiz m.nawawi hek3 :P
untied shoelaces
3 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan