hye...
ok, malam ni aku blogging lagi. hehe, takpe lah..biarkan lah aku blogging selagi aku masih rajin untuk blogging. so that, tidaklah berhabuk yer blog aku ni nanti.
tadi pergi lepak mcD...sara ajak. mula-mula macam malas. tiba-tiba teringat burger prosperity yang sekarang dah kembali bermusim. hehe, terus ON join the club! sekarang ni nak kemana-mana perlu bawa kamera. yelah, orang dah ada blog kan..mestilah nak post up gambar-gambar yang menarik. memandangkan camera handphone yang cuma 3.0mega pixel. haih, nak tukar handphone? rasanya keinginan tersebut terpaksa dikategorikan dalam larangan buat masa ini. "tidak boleh, syareena tajuddin!" nanti ayah pasti akan bising. ayah paling tak suka kalau anak-anak membazirkan duit untuk benda selain pelajaran dan makan. ayah akan cakap membazir. buat apa handphone perlu benar-benar canggih kalau akhirnya digunakan untuk telefon dan sms saja. betul jugak cakap ayah. tapi biasalah anak muda zaman sekarang. mana nak pakai handphone 'tamagochi' lagi. hehe.
ayah betul-betul nak anak-anak belajar hidup susah. kalau kami adik beradik minta macam-macam dekat ayah, ayah akan tanya dulu apa pentingnya benda tu. sekiranya benda tu sangat penting, besok juga ayah akan belikan. tapi kalau benda tu tak berfaedah, ayah akan bising. suruh kami cari benda yang lebih bermanfaat untuk dibeli. tapi bila kami merajuk, ayah akan belikan juga. mungkin ayah tak sampai hati rasanya tengok anak tak dapat benda yang diinginkan. mungkin juga ayah tak mahu anak-anak merasakan kekurangan yang dia rasakan sewaktu kecil dulu. ayah orang susah. ayah selalu bercerita tentang perihnya hidup orang yang tak berpunya. diperlekehkan orang. mahu ini itu tapi hanya mampu melihat dari jauh atau pun berangan saja. menuntut ilmu saja harus berjalan kaki berkilo-kilo meter meredah panas terik, hujan. anak muda sekarang, mahu berjalan sedikit sudah muncung mulut sampai boleh sangkut hanger. aduhai~
aku sangat kagum dengan ayah boleh menjadi seorang Tajuddin Adan yang berjaya sekarang. hah, hanya bermula sebagai seorang anak kampung, dan juga anak yatim. tapi aku tahu ayah bekerja kuat. hmm, nanti akan ada satu post di blog aku kemudian yang berkenaan seorang Tajuddin Adan.tunggu yer? yes, he is my idol. i wish i will be like him one day. Ayah, i miss you so much!
untied shoelaces
3 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan