CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 20 Januari 2010

Dia..


Bismillah...

Hanya Allah saja yang tahu betapa sayangnya aku pada dia. dan juga bagai tersentap jantungku bila mendapat tahu khabar tentang dia. Ya Allah, begitu berat ujian Kau berikan pada dia. Ya, aku tahu. Kau tidak akan membebani manusia melainkan dia sanggup akan itu...

Aku tahu dia tabah. manakan tidak. begitu banyak dugaan yang dia hadapi sebelum ini. tidak tahu sebagaimana remuknya hati dia atas perkara-perkara yang sudah dia lalui sebelum ini. dan aku berdoa padaMu agar dia sentiasa, malah lebih tabah di masa depan...

Tapi apakah aku akan setabah dia? aku meragui itu. setiap kali aku mendengar suaranya lewat telefon selalu saja ingin gugur air mata ini. tapi aku mencuba untuk tidak. ah, suara serakku hanya akan menggoyahkan semangatnya. aku berpesan pada dia, "jangan lupa makan ubat, banyakkan berehat". dan setiap kali juga si dia akan berpesan padaku supaya jangan risau akan dia. malah si dia yang risaukan aku di negara orang. jaga diri.bila mahu pulang?.Aku takut untuk pulang menjenguk dia. aku bimbang aku akan mengalirkan air mata di hadapan dia. aku tidak mahu. ibu pernah pesan kepada aku, si dia tidak seperti dulu. sudah kurus. tidak dapat aku bayangkan..dan tidak mahu membayangkan. Dan aku juga takut seandainya aku tidak berpeluang untuk melihat dia. oh, tak mungkin. insyaAllah, bisa! semuanya takdir Allah. ya Allah, panjangkanlah umurnya..amin~

baru saja tadi aku mendapat khabar tentang dia. khabarnya dia semakin membaik. tidak seperti dulu, makin sihat katanya. alhamdullilah, itu saja yang mampu aku lafazkan....

p/s: dia, seseorang yang bertempat di hati ini.

0 ulasan: