Bismillah...
Aku sebagai anak Johor merafak sekalung takziah kepada kerabat diraja Johor dan juga rakyat Johor atas pemergian Almarhum Sultan Iskandar, Sultan yang dikasihi..yang mangkat malam jumaat lalu pada usianya 77 tahun.
aduh....sedih rasanya kehilangan Sultan. dan hanya dapat melihat semuanya dari jauh. selepas diberitahu berita kemangkatan sultan, aku terus buka surat khabar online. betul ke? ya, ternyata memang benar. .
rasanya tidak perlu diperkatakan tentang ketegasan Almarhum...semuanya pasti tahu.bukan hanya anak johor saja rasanya, tapi juga negeri lain. hehe, betapa tegasnya baginda sehingga semua pun gerun. tapi setegas baginda, baginda menjalankan tugasnya dengan baik. sangat prihatin tentang rakyatnya. itu yang paling penting. boleh mengendalikan sendiri helikopter, pesawat, bot laju, luncur layar dan motor berkuasa besar. tidak mementingkan protokol yang kadang kala membuatkan kita rakyat biasa juga jadi rimas. mungkin bagi baginda protokol diraja hanya akan menciptakan jurang pemisah antara sultan dan rakyatnya. ahh, di mana lagi mahu jumpa Sultan yang begini. agak geli hati juga mendapat tahu tentang pengalaman-pengalaman orang yang pernah bersama baginda. ada yang pernah ditegur sewaktu mereka menyembah baginda.." apa sembah-sembah...aku pun manusia macam kau". hehe, geli hati...tapi inilah hakikatnya. seorang Sultan yang sangat sederhana. dan rasanya ini juga diwarisi oleh Tengku Ibrahim, anakandanya( yang sudah pun dimashyurkan menjadi pengganti baginda) yang sangat berjiwa rakyat. Konvoi TMJ yang rasanya diadakan setiap tahun, semua pun agaknya sudah tahu mengenai ini. bermotorsikal masuk ke desa-desa, melihat sendiri kehidupan rakyat. tidak kesah mahu menjamah ubi rebus cicah sambal yang dibuat seorang nenek, lalu memujinya enak. tidak kesah mengambil dan minum air minuman dalam plastik yang dihulurkan rakyat. ahhh, manakan anak johor tak berbangga mengatakan mereka anak Johor!
Masih segar lagi dalam ingatan..apa yang arwah ustaz aku (Ustaz Nazimi) sewaktu di sekolah agama parit semerah berpesan. "biarlah apa orang nak kata mengenai Sultan Johor. Garang, tapi itu untuk membentuk kedisplinan rakyatnya. Johor juga maju. Yang paling penting awak semua kena ingat jasa baginda yang paling besar, bagindalah yang mempertahankan kewujudan sekolah agama menjadi sesuatu yang identikal di johor. Tengok negari lain. sekolah agama sudah banyak yang swasta. johor? bersepah sekolah agama sana sini". hmm, kurang lebih begitulah yang arwah ustaz pesan. ya,manakan tidak. setahu aku Tengku Ibrahim pun ada mendapatkan pendidikan agama di dua buah sekolah agama di sekitar johor. iya, sungguh identikal. aku harap ini akan kekal menjadi identikal.
Anak Johor, aku bangga mengatakan aku anak Johor!
Al-fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar.
p/s: ramai juga yang mengatakan excited nak lihat cucunda Almarhum, Tengku Ismail waktu pengkebumian almarhum. handsome rupanya, patutlah~
untied shoelaces
3 tahun yang lalu
3 ulasan:
seorg sultan yg die sndiri akn bce khutbh jumaaat..
(mak cu cite)
haha..
he such a good leader...
Al-Fatihah~~ insyaAllah ruh almarhum ditempatkan di kalangan orang yagn beri man... btw bab p/s tue xbley blahhh btoi ahahha
timah: yes, he was.ade bc gak kat utusan td. :)
su: amin. hahaha..p/s tu mmg sgt sahih ok???hahahhahaa
Catat Ulasan