CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 16 Januari 2010

kehidupan meniti usia


Selamat siang semua.

Terasa lama dah tak post blog. hehe, padahal baru je 2 hari. kini jari kembali mengetik dan mulut dan fikiran kembali mengatur kata-kata. (hahaha, ada yang nak muntah tak sekarang ni ?? :P )

Semalam dapat mesej inbox di facebook. dari teman kelas lama sewaktu dari darjah 2 hingga lah darjah 6. dah besar dah dia, dah mula bekerja agaknya. Tengok perkembangan dia buat aku merasa sudah tua. yelah, rasanya baru je beberapa tahun lepas menjalani kehidupan anak sekolah. sekarang sudah di universiti atau lebih tepat dalam menjalani latihan praktikal di klinik. cepat sungguh waktu berjalan, tak sedar dah berdiri di sini. tak mahu lagi menoleh kebelakang. hanya akan buat aku jadi lemah kerana masa lalu begitu indah rasanya. tiada beban yang maha berat untuk digalas. hanya jalani kehidupan seadanya, sebahagianya. cukuplah hanya menjadikan itu semua sebagai kenangan terindah!

kini, hidup boleh dikatakan SUCKS! aduhai, kalau lah hati ini tak kuat, mahu saja menoktahkan perjalanan aku di sini sekarang. tapi terkenangkan ayah dan ibu, harapan dan keinginan mereka nak melihat anak berjaya, dan selesaikan perjuangan sehingga berjaya mendapat title DDS (degree of dental surgeon). dan kerana melihat juga masa depan aku sendiri, tak mahu rasanya hidup kemudian tanpa sesuatu yang boleh dibanggakan. nanti boleh lah anak-anak cakap "oh, saya nak jadi macam mama, mama saya doktor gigi". hehe, terlalu awal rasanya nak berangan untuk itu. tapi inilah semua yang menjadi motivasi aku untuk terus maju!

Semakin besar, baru aku faham bagaimana dunia itu boleh menjadi begitu indah, dan dalam masa yang sama dunia juga boleh menjadi begitu kejam dan terjal. semua disebabkan manusia~ people can be kind like heaven, also can be evil like hell. aku sekarang rasanya lebih bijak dalam menilai orang. dulu kawan-kawan selalu cakap aku terlalu percayakan orang. oh, sekarang tidak lagi rasanya. aku akan lebih berhati-hati mempercayai orang. manusia hipokrit sekarang sudah di mana-mana. mungkin juga kawan sendiri. memang susah untuk tidak menjadi seorang yang hipokrit. sangat susah. mungkin aku masih boleh terima orang yang hipokrit kerana ingin menjaga hati orang lain, tapi hipokrit dengan bermaksud buruk dalam hati...rasanya anda fikirlah sendiri ya apa yang perlu lakukan sendiri. baik buang saja hati tu ke dalam tong sampah! sudah buruk dan tidak mampu rasanya dibersihkan melainkan dengan taubat. itupun kalau mampu? aku bukanlah mahu menilai sendiri. tapi pengalaman hidup mengajar. aku pun tidak suka orang menilai terburu-buru, atau pun lebih enak dipanggil judgemental. merasa diri sangatlah terbaik dan selalu ingin berkata tentang keburukan orang walhal sebenarnya diri sendiri pun tidaklah sebagus mana. u can't denied this people. because no one is perfect!

sambil menulis blog ni ada lagu DOnt Speak by No doubt. best pulak layan lagu lama ni...

0 ulasan: