ye, sekali lagi di tanya oleh mereka-mereka kenapa tak update blog. bukan tak ada masa. banyak sangat masa, tapi aku hanya mampu memandang kolum new post memikirkan judul apa lah pulak kali ni untuk dibahas. aik aik aik. susah rupanya berblog nih. dan kali ni aku dah tak boleh mengelak untuk hanya menekan butang close. harus update juga!
ok, kali ni aku random saja dalam bercerita. tak ada tajuk khusus.
ibu beria-ia tanya. bila nak balik?bila nak balik? hahaha, rindu lah tu kat angah yer?tapi setelah di selidik-selidik ada sebab rupanya,hahaha. uban ibu dah banyak. tunggu angah balik nak cabutkan. hehe, kesian. eka dan era memanglah tolong cabutkan, tapi sekejap-sekejap je. heh korang ni...apelah salahnya cabut sampai habis. perlu ke nak angah jugak???hahaha..ibu, angah bukan tak nak balik. angah nak sangat-sangat balik. tapi masanya belum sesuai lagi. banyak tugas yang angah nak kena selesaikan. yang paling utama adalah thesis angah, bu. angah target nak seminar awal akhir bulan ni. tapi nampaknya macam tak berjaya saja. last minute ada pulak halangan. haih. angah memang beria nk siapkan thesis angah. nanti bulan ogos bolehlah ibu, ayah, dan adikberadik datang sini tengok angah berjubah graduasi :)) ya, di sini ada dua kali graduasi untuk medic dan dentistry. graduasi pertama dapat gelar SGK (sarjana kedokteran gigi), dan kedua adalah graduasi jadi dokter gigi :)) tapi masih jauh lagi aku kena menapak...long way to go..long way to go....
huhu, mood aku pulak asyik turun naik,turun naik. bak kata aku, mood aku sentiasa bergantung kepada patients. huhu, nak dikatakan ramai budak dentistry sejak masuk praktikal ni dah ada bruxism lah, clenching la..hahaha,tension punya pasal! oh patient, patient. please make me happy walk thru the day. i'm begging you, so pls................
suka tengok blog eka dan era bila diorang update pasal qaseh. rindu betul kat qaseh. tapi nanti kalo aku balik mesti dia dah takut nak dengan aku. amek masa penyesuaian.kenalah selalu tayang muka depan die nanti. yang bestnya, dulu masa aku balik malaysia sebulan setelah aku balik sebelumnya pun dia dah tak kenal aku dan takut. ni kan pulak dah berbulan-bulan??? al-pastilahhh dia akan menangis bila aku amek dia. hehe, tengok gambar-gambar terbaru qaseh, ligat betul. memang betul kata along aku akan menyesal bila minta pos qaseh ke bandung, hyperactive!
haih....
i miss you all. and my two bestfriend there, khaty and tiha. i miss u wey! jom balik lepak kedai mamak as usual. tapi tiha cakap sekarang dah tak main kedai mamak lah reen. skang bandar tun hussein onn dah maju. hehe :P
untied shoelaces
3 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan