setia?
perlu kah?
penting kah?
sesuatu yang aku rasa sangat-sangat kritikal dalam sesuatu perhubungan. tapi sejauh manakah seseorang bisa setia? anda...ya, anda..anda yakin anda seorang yang setia?
cuba kita jangan sempitkan pemikiran menilai sesebuah kesetiaan hanya dalam perhubungan cinta. masih banyak lagi skop yang lain dapat diimplimentasikan.
ok.misalnya dalam kehidupan yang aku jalani sekarang. pertama, hubungan seorang patient dengan doktornya. sejauh manakah seorang patient itu setia datang setiap kali kunjungan perawatan hingga selesai? ya, hal ini sangat penting bagi aku. selain patient puas dengan hasil perawatan, sejujurnya aku sendiri perlukan kesetiaan mereka dalam setiap perawatan kerana dari situ aku akan memperoleh point!
kedua, kesetiaan pada diri sendiri. sejauh manakah anda setia dengan kepercayaan yang anda miliki. sejauh manakah anda setia dengan pendirian anda? pernah anda curangi diri sendiri??
ketiga,dalam persahabatan. sejauh manakah seorang sahabat itu setia kepada sahabatnya. sanggup bersama sahabatnya dalam kepahitan. suka mahupun duka. setia memegang segala yang diketahuinya, tidak menyebarkan ke yang lain. setia menjaga perasaan sahabat supaya tidak terguris hatinya. ya, semua ini adalah nilai kesetiaan. tolong jangan sempitkan pemikiran anda.
dan yang tidak dapat dinafikan lagi, yang keempat..setia dalam percintaan. wah, percintaan yang disulami dengan kesetiaan sangatlah indah rasanya. setiap hari dibuai mimpi-mimpi indah. tapi bila dicalit dengan ketidaksetiaan, hancur luluh rasanya bumi ini dihatinya. tanyalah hati mana pun, pasti tidak akan dapat berdiri bertahan sekiranya harus bersama orang yang tidak pernah ada kesetiaan dalam dirinya. seperti lalang yang tidak ada hala tuju.
kesetiaan di zaman sekarang. masih adakah? sekiranya anda seorang yang bertuah dikurniakan seseorang yang sangat setia, pertahankanlah..dan syukuri itu. susah rasanya nak setia sekarang ni. godaan di mana-mana.suami isteri pun boleh berpisah, apatah lagi tunang...dan apatah lagi pasangan kekasih...dan apatah lagi TTM(hahaha, perlukah???) zaman kini..zaman dulu..ada perbezaan kah? soal hati siapalah yang tahu. orang tua yang sudah kahwin bertahun-tahun lamanya pun boleh tak setia. pelik kan? apa lagilah yang dia mahukan. ya, soal hati..tiada yang tahu. rambut sama hitam, hati lain-lain.
renung-renungkanlah...selamat beramal(hahaha, sounds familiar???)
untied shoelaces
3 tahun yang lalu
1 ulasan:
hmmmm....ramai je skang nih.....
Catat Ulasan