hye, aku nak update blog ni...hahaha! excited *_* setelah sekian lama. pagi tadi bangun awal..tak lah awal sangat, tapi agak awal lah sikit dari kebiasaan bangun di hari cuti. hehe. eh, lupa nak ucapkan SALAM MAULIDURASUL S.A.W .. kalian semua dah memanjatkan selawat? tapi harus ingat, selawat bukanlah hanya pada hari maulud saja. setiap hari sepatutnya, atau lebih bagus lagi setiap saat :) (aku mengingatkan diri sendiri sebenarnya)
kostan aku sunyi hari ini. fiqa balik malaysia (wuaaa, best sangat2!!!), dayah pegi jatinangor (tempat sebelumnya aku duduk sebelum pindah ke bandung, about 40minutes from bandung by car). aini ada! bila tinggal aini dan aku..aktiviti kegemaran kami adalah ---> MEMASAK!!! weeeee :) dari semalam aku dah beli dah bahan mentah. macam-macam..ikan bilis, sotong, udang, santan, bawang..semangat nak masak. aku suka memasak. memasak macam therapy bagi aku. therapy untuk release tension dan menghilangkan rasa homesick. mungkin bila masak rasa macam suasana di rumah. tapi mengenangkan kehidupan sekarang yang hectic, sangat-sangat letih..aku dah tak selalu masak. aku hanya masak bila hari cuti saja.
dan..menu kamu adalah...NASI LEMAK. emm, kitorang buat sambal ikan bilis dan sambal sotong. udang pulak goreng kunyit. senang saja. lepas tu nasi tanak kat rice cooker..letak santan, halia, daun pandan. beres. boleh pulak aku terlupa nak beli telur semalam dan timun. potong stim betul!!! mane boleh nasi lemak tak ada telur dan timun??? tak dapat terima kan? jadi, aini yang baik hati terus menghidupkan enjin motornya dan vrooom2 ke kedai. hehe, thank you aini :)
inilah hasilnya...
kitorang pada mulanya masak untuk porsi berdua siang dan malam. tapi, oleh kerana kelazatan yang teramat itu, (hahahahha!) inilah saja yang dapat kami sisakan untuk malam.
hehe, tapi standard la kan? hehe. dan..dan...dan...besok nak masak lagi...menu, kari ayam rasanya. hehe. masakan yang aku selalu masak biasanya sama saja. semua pun yang senang-senang. nasi lemak, ayam masak merah, tomyam (ni yang paling selalu!! :P), sup ayam, kari ayam ( kedua yang selalu selepas cik tomyam..hehe), dan ikan masak lemak. dan yang aku kerap fail kalau masak adalah asam pedas. mesti tak jadi. tak apa, usaha tangga kejayaan! :))
p/s: bie, honey da boleh kawin kan??kan?kan? ekekekeke :P
untied shoelaces
3 tahun yang lalu
3 ulasan:
akak g lah kawinnnnn dah tak sabar tue~~
ahahahaha,aku tawu ko mesti akan comment///yes!berjaya~~~
selenger eh sya ahahahah :P
Catat Ulasan