CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 15 Februari 2010

air terjun cimahi bandung!



hehe, tergelak aku bile baca blog adik bongsu aku. hahaha,lawak-lawak..ade ke patut???hehe ok, mesti korang tertanya-tanya pasal apekah kan?haaa, nah...baca sendiri www.supereera.blogspot.com ...kalau blur jugak tanya dia sendiri.hihihi

yaaahh, dah berhabuk betul blog aku ni wei..hahaha, sampai ada orang tegur bila lah nak update blog anda? heh...malam ni juga aku terus update. bukan apa...seminggu dua ni agak busy dengan klinik dan thesis..macam-macam masalah. masalah? hai...kalau nak aku cakap satu per satu...menangis nanti korang semua baca...hehe. tapi tak apalah. masalah akan datang dan pergi. biarkan saja. follow the flow. yes, that's what i'm doing now peeps :)

semalam aku dan kawan-kawan pergi ke air terjun di cimahi. ya, sekitar bandung juga. tak jauh sangat pun. dan cerita perjalanannya sungguh panjang..panjang..panjaaaaaaaaaaaanng sekali. meh aku cerita dari awal sampai ke noktah terakhir ya.

lepas subuh aku dan dayah dah bangun turun ke dapur kostan dan menggoreng nuggets dan hotdog. hehe, sebab dalam pembahagian makanan kami kena bawa nuggets, hotdog dan jajan untuk perjalanan pagi tu. dan dalam 8.00 pagi macam tu kami dijemput oleh kawan. kami semua sewa 2 buah kereta avanza..satu kereta pakai driver, dan satu lagi kawan kami sendiri yang bawak. kami terus menuju ke air terjun impian yang bernama Curug Cimahi.

di samping perangai driver yang agak annoying...erm, rasanya tak perlulah aku nak menerangkan apa saja perangai driver tu sebab rasa tak baik pulak nak menyebarkan aib orang lain..so aku skip ok part ni? hehe. apabila sampai saja di curug cimahi..kami sangat sangatlah kecewa sebab orang kat situ bagitahu yang ada tanah runtuh kat situ. so, air terjun curug cimahi is closed!!!!!
wuaaaaaaaaaaaaa :(

disebabkan kami tak mahu balik dengan sia-sia, kami pun cubalah cari air terjun lain yang ada di sekitar situ. dan orang kampung situ bagitau ada satu air terjun sedikit terpencil di dalam. so kami pun putuskan untuk pergi juga!!!!!!

dan kami harus melalui perit getir perjalanan kami ke dalam selama 30 minit rasanya. penuh segala lumpur. dah lah hujan!!! horrible! dan aku yakin ada banyak cacing yang aku pijak. wuaaaa :(

ni aku bagi gambar. tak larat nak menerangkan lagi.













setelah onak liku yang kami redah, akhirnya sampai juaaaa...hehe, best weh. tapi air terjun dia icy chill ok???menggigil dalam tu!
overall, awesome!

0 ulasan: