Alhamdulillah, minggu lalu dapat juga aku bercuti 5 hari meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang di Malaysia. 5 hari saja ya. dan bermacam-macam aktiviti dalam 5hari tu. full and pack!
Kebetulan juga ada family day masa aku balik. family day sebelah keluarga ayah. ADAN FAMILY DAY 2010! ya, di sebelah ayah setiap tahun akan ada family day. kali ni family day diadakan di port dickson..setelah dua tahun berturut-turut diadakan di a famosa melaka bandaraya bersejarah. dan rasanya kali ini lah family day yang paling gempak.
Keluarga sebelah ayah memang ramai. dan part yang paling best adalah masing-masing rapat dan bersemangat. setiap tahun akan ada family day. setiap raya kedua akan diadakan konvoi raya beramai-ramai ke rumah saudara mara dari muar hinggalah ke melaka. semua ini sudah menjadi tradisi keluarga adan. dan kami keluarga adan sangat berbangga memegang tradisi ini! bukan setakat ini saja ya...malah game juga ada tradisi...hahaha, setiap kali family day pasti akan ada game tradisi iaitu, game RAJA....1,2,RAJA...3,4,RAJA....pak ndak, sambungannya bukan 5,6,7 ya..hahahha :P
beberapa foto hasil ihsan sepupu sepapat...sebab aku memang malas nak mengambil foto :D
p/s: bertemu lagi di family day akan datang, seandainya masih panjang umur ini :) amin...
untied shoelaces
3 tahun yang lalu
1 ulasan:
cayalah siap ada t-shirt sendiri tu!!
Catat Ulasan