CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 20 Februari 2010

updating my blog

ye, sekali lagi di tanya oleh mereka-mereka kenapa tak update blog. bukan tak ada masa. banyak sangat masa, tapi aku hanya mampu memandang kolum new post memikirkan judul apa lah pulak kali ni untuk dibahas. aik aik aik. susah rupanya berblog nih. dan kali ni aku dah tak boleh mengelak untuk hanya menekan butang close. harus update juga!

ok, kali ni aku random saja dalam bercerita. tak ada tajuk khusus.

ibu beria-ia tanya. bila nak balik?bila nak balik? hahaha, rindu lah tu kat angah yer?tapi setelah di selidik-selidik ada sebab rupanya,hahaha. uban ibu dah banyak. tunggu angah balik nak cabutkan. hehe, kesian. eka dan era memanglah tolong cabutkan, tapi sekejap-sekejap je. heh korang ni...apelah salahnya cabut sampai habis. perlu ke nak angah jugak???hahaha..ibu, angah bukan tak nak balik. angah nak sangat-sangat balik. tapi masanya belum sesuai lagi. banyak tugas yang angah nak kena selesaikan. yang paling utama adalah thesis angah, bu. angah target nak seminar awal akhir bulan ni. tapi nampaknya macam tak berjaya saja. last minute ada pulak halangan. haih. angah memang beria nk siapkan thesis angah. nanti bulan ogos bolehlah ibu, ayah, dan adikberadik datang sini tengok angah berjubah graduasi :)) ya, di sini ada dua kali graduasi untuk medic dan dentistry. graduasi pertama dapat gelar SGK (sarjana kedokteran gigi), dan kedua adalah graduasi jadi dokter gigi :)) tapi masih jauh lagi aku kena menapak...long way to go..long way to go....

huhu, mood aku pulak asyik turun naik,turun naik. bak kata aku, mood aku sentiasa bergantung kepada patients. huhu, nak dikatakan ramai budak dentistry sejak masuk praktikal ni dah ada bruxism lah, clenching la..hahaha,tension punya pasal! oh patient, patient. please make me happy walk thru the day. i'm begging you, so pls................

suka tengok blog eka dan era bila diorang update pasal qaseh. rindu betul kat qaseh. tapi nanti kalo aku balik mesti dia dah takut nak dengan aku. amek masa penyesuaian.kenalah selalu tayang muka depan die nanti. yang bestnya, dulu masa aku balik malaysia sebulan setelah aku balik sebelumnya pun dia dah tak kenal aku dan takut. ni kan pulak dah berbulan-bulan??? al-pastilahhh dia akan menangis bila aku amek dia. hehe, tengok gambar-gambar terbaru qaseh, ligat betul. memang betul kata along aku akan menyesal bila minta pos qaseh ke bandung, hyperactive!



haih....

i miss you all. and my two bestfriend there, khaty and tiha. i miss u wey! jom balik lepak kedai mamak as usual. tapi tiha cakap sekarang dah tak main kedai mamak lah reen. skang bandar tun hussein onn dah maju. hehe :P

Rabu, 17 Februari 2010

nilai kesetiaan di zaman ini.






setia?
perlu kah?
penting kah?

sesuatu yang aku rasa sangat-sangat kritikal dalam sesuatu perhubungan. tapi sejauh manakah seseorang bisa setia? anda...ya, anda..anda yakin anda seorang yang setia?

cuba kita jangan sempitkan pemikiran menilai sesebuah kesetiaan hanya dalam perhubungan cinta. masih banyak lagi skop yang lain dapat diimplimentasikan.

ok.misalnya dalam kehidupan yang aku jalani sekarang. pertama, hubungan seorang patient dengan doktornya. sejauh manakah seorang patient itu setia datang setiap kali kunjungan perawatan hingga selesai? ya, hal ini sangat penting bagi aku. selain patient puas dengan hasil perawatan, sejujurnya aku sendiri perlukan kesetiaan mereka dalam setiap perawatan kerana dari situ aku akan memperoleh point!

kedua, kesetiaan pada diri sendiri. sejauh manakah anda setia dengan kepercayaan yang anda miliki. sejauh manakah anda setia dengan pendirian anda? pernah anda curangi diri sendiri??

ketiga,dalam persahabatan. sejauh manakah seorang sahabat itu setia kepada sahabatnya. sanggup bersama sahabatnya dalam kepahitan. suka mahupun duka. setia memegang segala yang diketahuinya, tidak menyebarkan ke yang lain. setia menjaga perasaan sahabat supaya tidak terguris hatinya. ya, semua ini adalah nilai kesetiaan. tolong jangan sempitkan pemikiran anda.

dan yang tidak dapat dinafikan lagi, yang keempat..setia dalam percintaan. wah, percintaan yang disulami dengan kesetiaan sangatlah indah rasanya. setiap hari dibuai mimpi-mimpi indah. tapi bila dicalit dengan ketidaksetiaan, hancur luluh rasanya bumi ini dihatinya. tanyalah hati mana pun, pasti tidak akan dapat berdiri bertahan sekiranya harus bersama orang yang tidak pernah ada kesetiaan dalam dirinya. seperti lalang yang tidak ada hala tuju.

kesetiaan di zaman sekarang. masih adakah? sekiranya anda seorang yang bertuah dikurniakan seseorang yang sangat setia, pertahankanlah..dan syukuri itu. susah rasanya nak setia sekarang ni. godaan di mana-mana.suami isteri pun boleh berpisah, apatah lagi tunang...dan apatah lagi pasangan kekasih...dan apatah lagi TTM(hahaha, perlukah???) zaman kini..zaman dulu..ada perbezaan kah? soal hati siapalah yang tahu. orang tua yang sudah kahwin bertahun-tahun lamanya pun boleh tak setia. pelik kan? apa lagilah yang dia mahukan. ya, soal hati..tiada yang tahu. rambut sama hitam, hati lain-lain.

renung-renungkanlah...selamat beramal(hahaha, sounds familiar???)


Isnin, 15 Februari 2010

air terjun cimahi bandung!



hehe, tergelak aku bile baca blog adik bongsu aku. hahaha,lawak-lawak..ade ke patut???hehe ok, mesti korang tertanya-tanya pasal apekah kan?haaa, nah...baca sendiri www.supereera.blogspot.com ...kalau blur jugak tanya dia sendiri.hihihi

yaaahh, dah berhabuk betul blog aku ni wei..hahaha, sampai ada orang tegur bila lah nak update blog anda? heh...malam ni juga aku terus update. bukan apa...seminggu dua ni agak busy dengan klinik dan thesis..macam-macam masalah. masalah? hai...kalau nak aku cakap satu per satu...menangis nanti korang semua baca...hehe. tapi tak apalah. masalah akan datang dan pergi. biarkan saja. follow the flow. yes, that's what i'm doing now peeps :)

semalam aku dan kawan-kawan pergi ke air terjun di cimahi. ya, sekitar bandung juga. tak jauh sangat pun. dan cerita perjalanannya sungguh panjang..panjang..panjaaaaaaaaaaaanng sekali. meh aku cerita dari awal sampai ke noktah terakhir ya.

lepas subuh aku dan dayah dah bangun turun ke dapur kostan dan menggoreng nuggets dan hotdog. hehe, sebab dalam pembahagian makanan kami kena bawa nuggets, hotdog dan jajan untuk perjalanan pagi tu. dan dalam 8.00 pagi macam tu kami dijemput oleh kawan. kami semua sewa 2 buah kereta avanza..satu kereta pakai driver, dan satu lagi kawan kami sendiri yang bawak. kami terus menuju ke air terjun impian yang bernama Curug Cimahi.

di samping perangai driver yang agak annoying...erm, rasanya tak perlulah aku nak menerangkan apa saja perangai driver tu sebab rasa tak baik pulak nak menyebarkan aib orang lain..so aku skip ok part ni? hehe. apabila sampai saja di curug cimahi..kami sangat sangatlah kecewa sebab orang kat situ bagitahu yang ada tanah runtuh kat situ. so, air terjun curug cimahi is closed!!!!!
wuaaaaaaaaaaaaa :(

disebabkan kami tak mahu balik dengan sia-sia, kami pun cubalah cari air terjun lain yang ada di sekitar situ. dan orang kampung situ bagitau ada satu air terjun sedikit terpencil di dalam. so kami pun putuskan untuk pergi juga!!!!!!

dan kami harus melalui perit getir perjalanan kami ke dalam selama 30 minit rasanya. penuh segala lumpur. dah lah hujan!!! horrible! dan aku yakin ada banyak cacing yang aku pijak. wuaaaa :(

ni aku bagi gambar. tak larat nak menerangkan lagi.













setelah onak liku yang kami redah, akhirnya sampai juaaaa...hehe, best weh. tapi air terjun dia icy chill ok???menggigil dalam tu!
overall, awesome!

Ahad, 7 Februari 2010

hehe. mulakan entri kali ini dengan ketawa.

ini semua di atas komen yang diberikan regarding my previous post about georges hobeika. bile baca komen tersebut, aku rasa contradicted dengan post tersebut. lepas tu aku pun scroll up balik ke post aku. dan aku baru sedar yang hampir semua gambar dalam post tu adalah wedding gown!!! hahaha, sorry peeps. tak sengaja. aku just pilih-pilih mana yang looks nice di pandangan mata. hahaha. ok, enough about that!

jumaat kemarin lepas selesai klinik, aku cepat-cepat pulang ke kostan. ada agenda petang tu. aku dah kawan aku nak keluar tengok wayang. tapi kami keluar awal, ingatkan nak kejar tayangan petang. tapi sampai-sampai dah terlepas tayangan petang. terpaksa tunggu tayangan lepas maghrib. sementara tunggu tu, kami window shopping la dulu. aku je yang window shopping. dayah beli beg. aku tak beli ape-ape pun, aku beli anting-anting je. heh. lepas dah sakit pinggang dan kaki meronda-ronda kami pun singgah ke satu restoran makan. Bakso Lapangan Tembak. hahaha, jangan gelak yer kawan-kawan dengan nama restoran ni. tapi restoran ni agak popular di sini yer. dan aku telah pun berbuat kesalahan yang besar kepada diri sendiri dengan memesan dua mangkuk bakso. ok? diulangi dua mangkuk. dush!!~

lepas solat maghrib kami lepak sekejap di starbucks. aku pesan java chips with whipped cream. pesanan wajib setiap kali aku melangkah masuk ke starbucks. yup, best lepak starbucks. tak bising dan ada privacy. sebab tu aku suka walaupun sedikit mahal. tapi berbaloi lah dengan coffee nya. :)






tunggu punya tunggu akhirnya tiba lah waktu tayangan. kami pilih cerita lokal indonesia. sebab tiba-tiba ada mood nak tengok cerita lokal. urghhhh...punyalah penat menunggu...punya tunggu..punya tungu........tapi filem sangat sangat sangat mengecewakan. sigh!~ dari awal sampai akhir mendatar. dan jalan cerita sangat bodoh. kalau ikutkan rasa hati mahu saja pergi ketuk pintu rumah produser dan penulis skrip untuk mintak balik duit aku Rp 20,000!!! haiiiyaaaaa~

sad ending bukan itu saja yer.....

keluar-keluar je mall kami mendengar suatu suara yang tak asing. pandang ke atas. HUJAN!!!

a very perfect ending of the day...

Rabu, 3 Februari 2010

georges hobeika



here he is, Georges Hobeika.



he is a fashion designer.














i do love the way he express his mind of arts in clothes :) i love it.

have you heard about Krabi Island?



yes, krabi island. the most beatiful island. i love.

tonight i'm not feel to write long. simply no mood. here i just put some pictures about krabi and i hope it will explain everything. hopefully.











i hope one day i'll go there with someone i love :)

Selasa, 2 Februari 2010

a long distance relationship

A part of you has grown in me.
And so you see, it's you and me
Together forever and never apart,
Maybe in distance, but never in heart.



apa yang pendapat korang tentang long distance relationship? susah? best? tak best? ala, tak best laaa...mane dapat dok berkepit hari-hari.

mula-mula itu lah yang aku fikir. nanti bila dah pergi lanjutkan pelajaran deka bandung, mesti takkan selalu jumpa. nak call mahal. nak sms pun mahal ke tak ye? macam-macam fikir. bertahan ke tak ni nanti?

ye, inilah persoalan-persoalan yang kerap bermain di fikiran sebelum ke sini. takut pada mulanya. tapi makin lama rasanya ok saja. tak dinafikan, pada mulanya memang susah. alah, apalah detik permulaan di dunia ni yang tak susah. kan masih dalam tempoh menyesuaikan diri. gaduh pun ada jugak. yela, faham. masing-masing pun sunyi. handphone pulak sentiasa lekat kat tangan. kena sms selalu. hehe, kelakar pulak bila teringat masa lalu.

tapi sekarang makin hari makin lali...makin biasa. tak kesah pun ada. sebab aku tahu walaupun si dia tak ada di sisi, nun di sana, tapi dia tetap ada untuk aku. setiap masa. :))

dan aku juga yakin ini cuma dugaan kecil saja, hanya sekelumit. dugaan banyak lagi menunggu di langkah-langkah ke depan. ini mungkin satu pengalaman untuk lebih menguatkan hati untuk meniti hari depan.

tapi aku rasa aku agak beruntung. si dia setia sangat. dan aku percayakan dia. kadang-kadang ada jugak tak sedap hati..haha, tapi rasanya tak bertempat kot?? si dia setia, tak ada sebab untuk aku tak berbuat yang sama. lebih menguatkan lagi hubungan kami dengan penglibatan orang tua. masing-masing dah kenal. terutama si dia dengan keluarga aku. ibu dah anggap si dia macam anak sendiri. pernah ibu cakap pada aku, kalau hubungan kami tak panjang ibu nak jadikan si dia anak angkat ibu saja. terlopong mulut aku dengar. mungkin atas restu dan dukungan orang tua, semuanya jadi lancar. restu orang tua sangat sangat sangat penting. percayalah. jadi, kesimpulannya..inti yang penting dalam hubungan jarak jauh adalah setia dan kepercayaan :))

bie, i love you. thanks for everything that u gave me, and make me learn. learn to love someone, who is to be you. only you. deeply.

And ever has it been known that love knows not its own depth until the hour of separation -Khalil Gibran-

-good night peeps-