CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 16 Mac 2010

3 perempuan 1 lelaki

iya, 3 perempuan 1 lelaki. itulah kami adik beradik. putera dan puteri kepada pasangan Tajuddin Adan dan Rohaida Rahim. hiks.

3 perempuan 1 lelaki. macam mana lah agaknya ayah dan ibu bertahan membesarkan kami ye?
hmmm...3 perempuan 1 lelaki.

suatu ketika dulu...

ibu: haih, nasib baiklah anak lelaki sorang je. sorang pon rumah dah tunggang langgang.
saya: .... (sebenarnya ibu..kami anak perempuan pun ikut serta menunggang-langgangkan rumah)

ALONG..atau nama sebenarnya Mohd Shazreen. dahulu nakal sungguh. ye tak along? oleh kerana minatnya yang agak tinggi dalam sports..rumah pun dijadikan padang, stadium, court, dan sebagainya. main bola dalam rumah. WAKTU IBU DAN AYAH TIADA DI RUMAH SAJA YA. habis kelentang kelentung dinding rumah. barang pecah? uhhh, semestinya. bunga kristal ibu tak tahulah dah berapa batang yang berkecai. tapi, he's smart. along akan lekatkan balik guna selotape lutsinar dan gam gajah. tapi beberapa tahun kemudian akan terbongkar juga. kantoi ketika packing barang...kerana setiap 4 hingga 5 tahun kami pasti akan pindah, ikut ayah bekerja.

tak ingatlah pulak bila tapi yang pastinya waktu hal ini terjadi kami di Pontian. ya, 4-5 tahun tinggal di Pontian

ibu: eka, nah ni...makan ubat.
eeka: tak nak (menangis-nangis)

al kisahnya eeka memang penakut makan ubat pil.

ibu: telan je lah. kalau tak macam mana nak baik
eeka: tak mahuuu...tak mahuuuu
ibu:... (ambil pil dan segelas air..masih meneruskan misi paksaan)
eeka: tak nak lah ibu...
ibu: nah..telan
eeka: (terpaksa telan sambil menangis)
ibu: nah, minum air ni..pastu telan pil
eeka:..(minum air)
ibu: dah telan??
eeka: (angguk-angguk kepala)
ibu: ..(curious...) bukak mulut!
eeka: ...(geleng kepala)
ibu: bukak!
eeka:..(membuka mulutnya yang memang luas itu. ternyata pil masih lagi di lidah)
ibu: eh, ada lagi!!!!

EEKA...atau namanya Nur Syafeeka. hahahahha..anak ibu yang paling sengal. ada saja yang dibuatnya menggelikan hati. hahahha. uda,angah belom cerita lagi pasal adegan sesi potong rambut bersama angah :D

beberapa tahun lalu, sewaktu aku mahu shopping barang-barang untuk dibawa pulang ke bandung.

saya: ...(menolak troli perlahan-lahan. dalam troli sudah banyak barang. tapi masih lagi mencari barang-barang lain untuk memenuhkan troli. hurm, nampak something yang menarik. ambil. belek-belek barang itu dlm 2 saat. letak dalam troli)
eera: ey, apa tu angah?
saya: barang....
eera: angah nak buat apa?
saya: ey, biarlah.....
eera: ...(ambil barang tersebut dari troli) ni harga dia berapa ringgit?
saya: emm, entah..tak tengok.
eera: haish....(melihat tanda harga) angah!mahal laaa!!
saya: eeeyy, eera ni..seboklaa..ibu tak kesah pun.
eera: mana angah tawu ibu tak kesah? angah tak tanya pon ibu dulu
saya: angah tawulaahhh...
eera: ..(berlari ke ibu..) ibu, tengok ni angah beli ni..mahal bu...
ibu :...(mengangguk saja)
saya: ...(hehe, told ya!)

EERA...atau nama sebenarnya Nur Syaheera. walaupun eera anak bongsu, tapi dia lah yang paling matured rasanya. ayah selalu cakap kat eera. "eera, ni tengok ni adik eera (refer kepada saya...saya?????)

dan saya? atau nama sebenarnya Nur Syareena? adalah anak yang paling simple. tak banyak karenah. ok, lebih baik stop di sini sebelum yang laen protes!!!

4 ulasan:

eeka :) berkata...

apakah tujuan post nih dibuat?
HAIH.

syareena tajuddin berkata...

untuk tontonan umum..betapa sengalnya addik ku...ekekekkek

Suhaimi Abd Wahid berkata...

ko simple ke? x percaye....

syareena tajuddin berkata...

pecayeeeee laaah :)