CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 28 Februari 2010

sunshine sunday ^_^

yeah! hari ahad aku akhirnya bermakna. terasa panjang ahad ini. mana taknya, lepas bangun subuh terus siap-siap berjogging. errr, takade lah terus..menyempat lagi singgah di facebook dulu. hehehe :P jauh jugaklah berjogging tadi. dari dago asri sampai ke area jalan cisitu.hehe. seceruk yang mungkin. bukan setakat jogging yer. sempat jugalah usha beberapa rumah yang bak istana...huhu, nak rumah macam tu nanti.amin~~

hahaha, selepas jogging...kitorang hunting bubur ayam pulak. hahaha, bermakna tak jogging kami???ekekeke. tapi at least we do some exercise,right? meningkatkan aktiviti kardiovaskular :)) bagus untuk kesehatan..pekena lah sekejap bubur ayam dekat tepi jalan depan ni..teringat kat family. pagi weekend selalu makan sama-sama dekat warung tepi jalan. roti canai satu! (nak pulang T_T)

balik je, ape lagi..main facebook lagi.hahaha..macam tak biasa. lepas tu..er...lepas tu...TERtido sekejap.hehe...sekejap je...dalam sejam??? hehe..tapi!tapi! bangun-bangun je aku terus amek model gigi patient gigi palsu aku..terus buat tanggulan gigi..erm, paham tak ape kebenda tanggulan gigi??benda tu macam lilin..sebelum gigi-gigi palsu yang korang lihat tu jadi, sebenarnya sebelum tu direka dengan lilin dahulu. paham?tak paham jugak?tak apa...abaikan!

lepas tu...aku kumpulkan semua baju-baju yang rasa-rasa perlu dibasuh, dan mulalah aktiviti di bilik air berus-memberus. aduh,lenguh pinggang. kesimpulannya, hari ni aku sangat produktif. ada perkataan sangat ya di situ, kerana hari-hari ahad aku sebelum ni berlalu dengan kosongnya!

..........................

kalian dah dengar tentang berita seorang kanak-kanak perempuan berumur TIGA tahun dibelasah teman lelaki ibunya? gila tak? gila kan?keji kan? takda otak kan? mengucap panjang bila baca berita tu *speechless* dan di akhbar metro kalau tak silap mengatakan lelaki durjana itu menyepak anak kecil itu macam bola!!!!! what stupid evil you are!!!! macam nak nangis aku baca artikel tu. mana perginya akal waras dia. lepas baca,baca, dan tengok catch up buletin utama di laman tv3, aku mengambil kesimpulan...Allah sebaik-baik sang pencipta takdir. kerana aku rasa, kelak sekiranya anak itu tumbuh mungkin akan lebih teruk keadaannya dibesarkan oleh environment seperti itu. dengan ibu kandung yang dipercayai pernah mendera juga anak itu, ibu yang berhubungan sulit dengan lelaki bukan muhrim yang sekarang ini hasil hubungan itu sudah ada anak berumur satu tahun. ya Allah, inilah umat akhir zaman~

kalau difikirkan dengan otak yang jernih, bisakah anak itu nanti tumbuh dengan sehatnya jikalau itulah orang-orang disekelilingnya? logik sekiranya aku katakan mustahil. pasti ada sisi hitamnya.dengan tekanan emosi didera juga. poor you young child :(
dan mungkin dengan tragedi ini jugalah membuka aib sepasang kekasih bertopengkan syaitan ini kepada dunia. biar satu dunia tahu kekejian mereka. sekiranya tak terjadi tragedi ini, tak mungkin si lelaki durjana itu ditangkap. rasanya aku tak bersalah kalau mendoakan lelaki durjana itu bersama perempuan yang bagi aku tak layak bergelar seorang ibu dijatuhi hukuman mati saja. kalau perlu direjam batu sampai mati. hairan..hairan sangat-sangat. di manakah naluri ibu sewaktu mendera anak kandung sendiri?? anak yang dia lahirkan sendiri, dari rahim perempuan itu sendiri. manusia oh manusia. dan...dan...bodohnya engkau perempuan! cinta? kalau betul lelaki itu cintakan kau...dah lama dia nikahi engkau..sampai sekarang anak berumur satu tahun pun masih tak nikah, itu cinta kau katakan??? bodoh!

p/s: berasa sangat beruntung dilahirkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang. kasih sayang dari seorang ibu...ayah...abang...dan adik-adik. angah tak pernah merasakan kekurangan kasih sayang dari kalian semua. terima kasih atas apa yang kalian berikan, mencorakkan kehidupan angah :'))

3 ulasan:

eeka :) berkata...

huk3.. sapa syg angah?
HAHA

Suhaimi Abd Wahid berkata...

aku x sggup nk wat entry pasal kekejaman org2 kita.. baca berita geram.. tgok kat TV3 aku kluar air mata.. entah lah...

syareena tajuddin berkata...

eka:eleh, im the one u will go to if u need a hug...wkwkkwwkkw

su: apalah nk jadi dgn org msia skang.sebegitunya kejam???