CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 30 Januari 2010

sepetang bersama syareena

hey ladies, jom kita berangan-angan sekejap nak? tiba-tiba rasa nak berangan nak kahwin. bestnya. i mean the best part are when u have to choose your own wedding card, wedding gown, wedding cake, and etc etc. huffffttt~ ada sesetengah orang yang merasakan semua ni melecehkan, membuang masa, dan hanya nak sewa wedding planner untuk merancang hari bahagia mereka. tapi bukan aku. aku lebih rela bersengkang mata, berpenat lelah menguruskan ini semua untuk memastikan semuanya berjalan seperti apa yang aku mahukan pada hari pernikahan aku.



dulu masa abang aku kawin pun, aku dan ibu lah yang sibuk menguruskan segalanya. dan aku jugaklah yang buat dan reka sendiri dulang hantaran. sirih junjung mak lang yang buat. aku masih belum qualified untuk buat. hahaha! tapi tetap aku duduk di sebelah mak lang dari A sampai Z proses pembikinan sirih junjung. i dont know why. tapi adrenalin aku rasanya meningkat ke maksimum kalau melibatkan hal-hal perkahwinan ni..walaupun pernikahan orang lain. seronok menyusun atur. hmm, maybe instead of being a dentist i should be a wedding planner??? (ahahaha, nak pelangkong??)

ok. biasanya sebelum pernikahan harus ada merisik dahulu. ikut adat melayu lah ye. kita kan orang melayu. orang perempuan juga untung. dapat cincin sebentuk. lepas merisik, bertunang pulak. orang perempuan lagi beruntung, dapat lagi cincin sebentuk. kalau mengikut citarasa aku, aku lebih gemar cincin emas perak yang simple tapi kelihatan outstanding. sesuai dengan pekerjaan aku sebagai doktor gigi nanti. tak kan lah nak merawat orang pakai gloves terjojol segala berlian, permata, intan...



tak lama kemudian, tibalah hari yang dinantikan. hari pernikahan :) nak start dengan apa. ok, yang paling crucial. kad jemputan. hmm....rasa macam nak kad jemputan yang klasik, lain dari yang lain. tapi masalahnya, yang unik ni biasanya ada kekurangan dalam bab pos mengepos. haih..contohnya.....


ha....kalau dah kad jemputannya macam ni..kenalah bagi by hand. nak mengepos macam mane pulak. unik memang unik. but still, not practical i guess. yang penting my wedding card have to be white or gold in color :))

wedding cake??errr.yang ni tak berapa kesah. sebab secantik mana pon akan berkecai juga dicincang oleh pengantin. dan dihadam oleh tetamu :P but, this is so sweet....



ok. cincin sudah, kad jemputan sudah, kek kawin sudah. apa lagi? baju nikah! baju sanding! phew~ ok, kalau nak cakap bab ni.. aku memang excited. and of course all the materials i won't buy in Malaysia. obviously~ aku akan cari sendiri dekat indonesia, di bandung. banyak sangat pilihan. cantik-cantik belaka. dan murah. rasanya kalo beli kain di sini dan upah jahit disini lebih kurang sama harga kalau sewa baju pengantin di KL. seriously~ aku tak pernah terpana melihat mana-mana baju pengantin sebelum ini sehingga lah aku tengok filem lokal indonesia hari untuk amanda. stuning babe baju pengantin dia! and aku tak sabar nak tunggu dvd cerita ni keluar. nak beli. so boleh la ciplak baju sebijik macam tu :))




bukan untuk aku sahaja. tapi aku pun akan siapkan baju untuk ahli keluarga sekali. biar semuanya pakaian sedondon :) putih or krim.

pelamin?


tapi aku nak tema warna gold sebenarnya.

dulang hantaran?masih tak tahu mahu yang tradisional atau pun modern. cuba jugak google, tapi tak jumpa yang menarik. mahu yang simple saja but yet stunning. setakat ni hantaran yang paling cantik pernah tengok adalah hantaran perkahwinan serina chef wan. tak silap tema warna silver dan ..... err, tak pastilah. kalau nak tengok cuba tengok video di laman tv3 wanita hari ini :)) very the boom!


tapi yang pastinya, yang akan tersedak membaca entri kali ini adalah, mohd faeiz m.nawawi hek3 :P

sakit dan parcel

dah agak berhabuk blog ni...fuhhh...fuhhh...ha, berterbangan debu-debu.hehe. rasa agak bersalah bila tak update blog. hahaha. gaya macam ada orang baca je :P

aku tak berapa sehat hari ini. dari malam tadi sebenarnya. tak tidur satu malam dibuatnya. tak pasti sakit apa. tapi mungkin gastrik. rasa macam separuh mati bertahan. nak ketuk pintu bilik kawan xsedap pulak nak ganggu mereka tidur. jadi, berpeluh-peluh la sendirian di kamar menahan sakit :( itulah, makan tak jaga. sibuk di klinik tak ingat makan. kadang-kadang makan awal...kadang-kadang makan lambat...kadang-kadang tak makan. tapi apa nak buat. takkan nak beritahu patient " cik, sekarang ni waktu makan saya. saya tinggal cik sebentar ya. nak pergi makan" haih, i wish i can do that.

dan bila sakit jugak lah jadi homesick teramat. bila ayah dan ibu telefon, menangis-nangis. aduhai..aku berdoa padaMu, semoga apa yang aku jalani pada waktu ini akan ada kemudahannya di kemudian hari.

minggu lepas dapat parcel kiriman ibu. hahaha, excited bukan main lagi. ibu kirim sambal ikan bilis, sambal kacang, serunding, milo, sos, dan 10 paket berahim. hehe. bahagia hidup~~ sorry yer, tak sempat snap gambar parcel, dan koyak rabak dibuka oleh si gergasi excited. hehe.

hmmm...macam meragam balik perut ni. adoi, sambung lagi nanti yer!

Selasa, 26 Januari 2010

untuk seseorang...


Ketika surya menampakkan cahayanya
Ku gapai hari terangku
Menanti sebuah cerita
Yang pasti akan terjadi di diriku

Kini ku mulai mengerti artinya cinta
Walau senda tawa
Namun hatiku mulai merasa
Bila dekat lelaki aku pun malu…

Akulah kembang perawan
ingin mulai merasa
Perasaan yang pasti
milik semua insan

Aku mulai jatuh cinta
Papa biarlah aku
menikmati semua anugerah
di hidupku

Sabtu, 23 Januari 2010

merafak takziah


Bismillah...

Aku sebagai anak Johor merafak sekalung takziah kepada kerabat diraja Johor dan juga rakyat Johor atas pemergian Almarhum Sultan Iskandar, Sultan yang dikasihi..yang mangkat malam jumaat lalu pada usianya 77 tahun.

aduh....sedih rasanya kehilangan Sultan. dan hanya dapat melihat semuanya dari jauh. selepas diberitahu berita kemangkatan sultan, aku terus buka surat khabar online. betul ke? ya, ternyata memang benar. .

rasanya tidak perlu diperkatakan tentang ketegasan Almarhum...semuanya pasti tahu.bukan hanya anak johor saja rasanya, tapi juga negeri lain. hehe, betapa tegasnya baginda sehingga semua pun gerun. tapi setegas baginda, baginda menjalankan tugasnya dengan baik. sangat prihatin tentang rakyatnya. itu yang paling penting. boleh mengendalikan sendiri helikopter, pesawat, bot laju, luncur layar dan motor berkuasa besar. tidak mementingkan protokol yang kadang kala membuatkan kita rakyat biasa juga jadi rimas. mungkin bagi baginda protokol diraja hanya akan menciptakan jurang pemisah antara sultan dan rakyatnya. ahh, di mana lagi mahu jumpa Sultan yang begini. agak geli hati juga mendapat tahu tentang pengalaman-pengalaman orang yang pernah bersama baginda. ada yang pernah ditegur sewaktu mereka menyembah baginda.." apa sembah-sembah...aku pun manusia macam kau". hehe, geli hati...tapi inilah hakikatnya. seorang Sultan yang sangat sederhana. dan rasanya ini juga diwarisi oleh Tengku Ibrahim, anakandanya( yang sudah pun dimashyurkan menjadi pengganti baginda) yang sangat berjiwa rakyat. Konvoi TMJ yang rasanya diadakan setiap tahun, semua pun agaknya sudah tahu mengenai ini. bermotorsikal masuk ke desa-desa, melihat sendiri kehidupan rakyat. tidak kesah mahu menjamah ubi rebus cicah sambal yang dibuat seorang nenek, lalu memujinya enak. tidak kesah mengambil dan minum air minuman dalam plastik yang dihulurkan rakyat. ahhh, manakan anak johor tak berbangga mengatakan mereka anak Johor!

Masih segar lagi dalam ingatan..apa yang arwah ustaz aku (Ustaz Nazimi) sewaktu di sekolah agama parit semerah berpesan. "biarlah apa orang nak kata mengenai Sultan Johor. Garang, tapi itu untuk membentuk kedisplinan rakyatnya. Johor juga maju. Yang paling penting awak semua kena ingat jasa baginda yang paling besar, bagindalah yang mempertahankan kewujudan sekolah agama menjadi sesuatu yang identikal di johor. Tengok negari lain. sekolah agama sudah banyak yang swasta. johor? bersepah sekolah agama sana sini". hmm, kurang lebih begitulah yang arwah ustaz pesan. ya,manakan tidak. setahu aku Tengku Ibrahim pun ada mendapatkan pendidikan agama di dua buah sekolah agama di sekitar johor. iya, sungguh identikal. aku harap ini akan kekal menjadi identikal.

Anak Johor, aku bangga mengatakan aku anak Johor!

Al-fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar.

p/s: ramai juga yang mengatakan excited nak lihat cucunda Almarhum, Tengku Ismail waktu pengkebumian almarhum. handsome rupanya, patutlah~

Rabu, 20 Januari 2010

could you find happier face than this?

Dia..


Bismillah...

Hanya Allah saja yang tahu betapa sayangnya aku pada dia. dan juga bagai tersentap jantungku bila mendapat tahu khabar tentang dia. Ya Allah, begitu berat ujian Kau berikan pada dia. Ya, aku tahu. Kau tidak akan membebani manusia melainkan dia sanggup akan itu...

Aku tahu dia tabah. manakan tidak. begitu banyak dugaan yang dia hadapi sebelum ini. tidak tahu sebagaimana remuknya hati dia atas perkara-perkara yang sudah dia lalui sebelum ini. dan aku berdoa padaMu agar dia sentiasa, malah lebih tabah di masa depan...

Tapi apakah aku akan setabah dia? aku meragui itu. setiap kali aku mendengar suaranya lewat telefon selalu saja ingin gugur air mata ini. tapi aku mencuba untuk tidak. ah, suara serakku hanya akan menggoyahkan semangatnya. aku berpesan pada dia, "jangan lupa makan ubat, banyakkan berehat". dan setiap kali juga si dia akan berpesan padaku supaya jangan risau akan dia. malah si dia yang risaukan aku di negara orang. jaga diri.bila mahu pulang?.Aku takut untuk pulang menjenguk dia. aku bimbang aku akan mengalirkan air mata di hadapan dia. aku tidak mahu. ibu pernah pesan kepada aku, si dia tidak seperti dulu. sudah kurus. tidak dapat aku bayangkan..dan tidak mahu membayangkan. Dan aku juga takut seandainya aku tidak berpeluang untuk melihat dia. oh, tak mungkin. insyaAllah, bisa! semuanya takdir Allah. ya Allah, panjangkanlah umurnya..amin~

baru saja tadi aku mendapat khabar tentang dia. khabarnya dia semakin membaik. tidak seperti dulu, makin sihat katanya. alhamdullilah, itu saja yang mampu aku lafazkan....

p/s: dia, seseorang yang bertempat di hati ini.

Ahad, 17 Januari 2010

bandung di kala sore


warung tepi jalan..pecel lele..


e'eh...ada dayah sekali rupanya..hehe


cube tengok belakang tu ada ape??KUDA!!jakun yer aku?


ala...gerai apam balik ni belum set up lagi....best tau apam balik nih...banyak dan isi kacang dan jagung pun banyak gila!!!nyumzz


oke, bergerak pulang..gerbang kawasan perumahan dago asri


dago asri yang tenang


inilah tempat tinggal kami


ehhh, salah capture :P ...inilah kostan kami..hahaha! maaf beri harapan palsu. kami pun berangan nak pindah ke situ








luar kostan

dalam kostan

sampai sudah di bilik. ok. babai!

Sabtu, 16 Januari 2010

kehidupan meniti usia


Selamat siang semua.

Terasa lama dah tak post blog. hehe, padahal baru je 2 hari. kini jari kembali mengetik dan mulut dan fikiran kembali mengatur kata-kata. (hahaha, ada yang nak muntah tak sekarang ni ?? :P )

Semalam dapat mesej inbox di facebook. dari teman kelas lama sewaktu dari darjah 2 hingga lah darjah 6. dah besar dah dia, dah mula bekerja agaknya. Tengok perkembangan dia buat aku merasa sudah tua. yelah, rasanya baru je beberapa tahun lepas menjalani kehidupan anak sekolah. sekarang sudah di universiti atau lebih tepat dalam menjalani latihan praktikal di klinik. cepat sungguh waktu berjalan, tak sedar dah berdiri di sini. tak mahu lagi menoleh kebelakang. hanya akan buat aku jadi lemah kerana masa lalu begitu indah rasanya. tiada beban yang maha berat untuk digalas. hanya jalani kehidupan seadanya, sebahagianya. cukuplah hanya menjadikan itu semua sebagai kenangan terindah!

kini, hidup boleh dikatakan SUCKS! aduhai, kalau lah hati ini tak kuat, mahu saja menoktahkan perjalanan aku di sini sekarang. tapi terkenangkan ayah dan ibu, harapan dan keinginan mereka nak melihat anak berjaya, dan selesaikan perjuangan sehingga berjaya mendapat title DDS (degree of dental surgeon). dan kerana melihat juga masa depan aku sendiri, tak mahu rasanya hidup kemudian tanpa sesuatu yang boleh dibanggakan. nanti boleh lah anak-anak cakap "oh, saya nak jadi macam mama, mama saya doktor gigi". hehe, terlalu awal rasanya nak berangan untuk itu. tapi inilah semua yang menjadi motivasi aku untuk terus maju!

Semakin besar, baru aku faham bagaimana dunia itu boleh menjadi begitu indah, dan dalam masa yang sama dunia juga boleh menjadi begitu kejam dan terjal. semua disebabkan manusia~ people can be kind like heaven, also can be evil like hell. aku sekarang rasanya lebih bijak dalam menilai orang. dulu kawan-kawan selalu cakap aku terlalu percayakan orang. oh, sekarang tidak lagi rasanya. aku akan lebih berhati-hati mempercayai orang. manusia hipokrit sekarang sudah di mana-mana. mungkin juga kawan sendiri. memang susah untuk tidak menjadi seorang yang hipokrit. sangat susah. mungkin aku masih boleh terima orang yang hipokrit kerana ingin menjaga hati orang lain, tapi hipokrit dengan bermaksud buruk dalam hati...rasanya anda fikirlah sendiri ya apa yang perlu lakukan sendiri. baik buang saja hati tu ke dalam tong sampah! sudah buruk dan tidak mampu rasanya dibersihkan melainkan dengan taubat. itupun kalau mampu? aku bukanlah mahu menilai sendiri. tapi pengalaman hidup mengajar. aku pun tidak suka orang menilai terburu-buru, atau pun lebih enak dipanggil judgemental. merasa diri sangatlah terbaik dan selalu ingin berkata tentang keburukan orang walhal sebenarnya diri sendiri pun tidaklah sebagus mana. u can't denied this people. because no one is perfect!

sambil menulis blog ni ada lagu DOnt Speak by No doubt. best pulak layan lagu lama ni...

Jumaat, 15 Januari 2010

Qaseh Aleesya









Qaseh Aleesya. sedap nama tu. nama Qaseh dari ibu. Ibu memang beria nak cucu dia ada nama Qaseh. Dan ibu nak semua cucu-cucu perempuan ada nama depan Qaseh. biar hidup mereka dilimpahi kaseh sayang, ouch,so sweet :) nama Aleesya kurang pasti diberi dari siapa. mungkin eka, era...atau ayah. tapi yang pasti nama Qaseh Aleesya ni ditapis dulu oleh Lembaga Along dan Kak Yana. hahaha! ye la, anak mereka. takkan lah nak lebih sudu dari kuah :P



Qaseh dah umur berapa yer sayang? baru saja dapat tahu Qaseh dah boleh berdiri dan menapak selangkah dua. Ayah terkejut gile. sebab umur die terlalu awal untuk boleh berjalan. tapi mak ngah tak terkejut. Qaseh anak hyperaktif. mesti bijak nanti. tak sabar nak tunggu Qaseh dah boleh bercakap sayang.....mesti petah bicaranya. Makin letih la orang sekeliling nak melayan Qaseh cakap nanti. hmm, tapi mak ngah jauh dari Qaseh. tak dapat tgk Qaseh membesar depan mata....ayoyoyo, macam anak sendiri lah pulak~

Ingat lagi dulu masa balik Malaysia bercuti 2 minggu. amek turn jaga Qaseh. Pukul 7 makngah dah tunggu kat bawah tunggu Qaseh datang...walaupun tunggu di dalam tidur..hahahah! Ada sekali tu mak ngah tidur sebelah Qaseh. Lepas tu Qaseh dah terjaga dulu. Rumah tak ada orang tinggal kita berdua. Qaseh takut agaknya, toleh sebelah tengok mak ngah tidur, Qaseh pukul-pukul mak ngah suruh bangun. hahaha. mak ngah pun celik la mata, lepas tu bobok Qaseh. tapi terlelap balik. Qaseh tengok makngah dah tertidur balik terus Qaseh nangis kuat-kuat sampai makngah terjaga. hehe. comel! bijak!

Suka tengok perkembangan Qaseh. Qaseh dari baby lagi dah pandai berposing. hahaha, ikut sape lah tu??? Selalu mintak along ngan kak yana upload gambar terbaru Qaseh. tapi biasanya kak yana la yang boleh harap..along keje nak mencharge harga sekeping gambar je lebih :P royalti konon..phew~

Qaseh Aleesya!!! tak sabar mak ngah nak balik jumpa Qaseh! I miss you so much. nanti mak ngah balik kita main ok?? *muaaaccchh*

Khamis, 14 Januari 2010

Two thumbs up!


review:


(credit to cinema21)
Amanda (Fanny Fabriana) perempuan pertengahan 20-an tiba-tiba diselimuti rasa bimbang yang amat sangat. Pasalnya Hari (Oka Antara), mantan pacarnya hadir kembali dalam kehidupannya, ketika Amanda 10 hari lagi akan menikah dengan Dody (Reza Rahardian). Amanda dan Hari pernah membina hubungan selama 8 tahun sampai akhirnya mereka putus

Persiapan pernikahan itu seharusnya jadi hari yang biasa saja bagi Amanda. Namun kebersamaan Amanda dan Hari itu mengungkit kenangan-kenangan indah masa lalu yang tidak bisa dilupakan begitu saja

Amanda berharap Dody adalah laki-laki yang didambakan dalam hidupnya. Oleh karena itu pernikahannya dengan Dody harus menjadi moment yang sangat sempurna. Apa yang membuat Amanda bimbang melangsungkan pernikahannya bersama Dody? Pada siapakah Amanda menjatuhkan pilihan hatinya?

“Hari Untuk Amanda” adalah everybody’s story… cerita tentang suatu hubungan, pilihan dan kepastian hati”


Filem ni overall mantap. 3/4 daripada perjalanan cerita kelakar,lucu. last 1/4 agak serius. Filem ni mengajar kita supaya lebih realistik dalam hidup. Cinta bukan segalanya. I like!

p/s: btw, baju pengantin time mereka pergi fitting sangat lah cantik!! bie, may i have one like dat? :P


link trailer http://www.youtube.com/watch?v=FZGKRHipUYc

Rabu, 13 Januari 2010

where is the love?


Setiap hari aku akan pastikan tidak lupa untuk click di www.utusan.com dan www.bharian.com.my. Yelah, tak mahu ketinggalan melihat perkembangan negara sendiri walaupun di rantau orang ( ahahahay, macam jauh sangat je bunyinya.whatever~)

Sejak kebelakangan ni ada berita yang agak memeranjatkan. isu sensitive. mengenai agama, dan secara tak langsung akan menjadi masalah perkauman juga. Penggunaan nama Allah pada agama bukan Islam.

Sebenarnya agak risau juga nak menulis dan berkomentar mengenai masalah juga. bimbang akan ada hati yang terguris. aku ada banyak teman-teman china dan india. dan tidak dinafikan, kadang-kadang mereka secara personalitinya jauh lebih baik untuk dijadikan teman dibandingkan orang melayu sendiri yang kadang-kadang agak mengesalkan. ( i speak randomly ok)

Tetapi bila ada isu mengenai penggunaan nama Allah ini, aku tidak dapat terima secara jujurnya. tetapi aku tidaklah se-extreme hingga sampai nak bakar tempat ibadah orang lain * sangatlah tidak rasional orang yang berbuat begini* Sejak dari aku lahir lagi dan aku pasti lama sebelum itu lagi, penggunaan nama Allah cuma ada di agama Islam saja di MALAYSIA. aku tidak merujuk kepada negara-negara lain. jadi, mengapa baru sekarang mahu diaplikasikan penggunaan itu. mengapa tidak diteruskan saja apa yang sudah biasa diterapkan. tidak akan timbul masalah seperti ini. Dari aspek undang-undang isu penggunaan ini mungkin dibenarkan, tidak salah. tetapi kita di bumi Malaysia wahai teman-teman sekalian. tidak sama seperti negara lain. kita sejak kecil sudah hidup bersama pelbagai kaum. dan sebagai rakyat Malaysia yang sejati, kita sudah pun tahu, isu-isu sensitif seperti agama dan bahasa di bawah kuasa Raja-raja Melayu. ya, mungkin ini merupakan propaganda politik, aku tidak mahu komen ...sesungguhnya, ALLAH itu Maha Mengetahui.



Dan mengenai isu keterlaluan seperti bakar gereja. sekiranya orang yang berbuat demikian menyatakan bahawa mereka adalah Muslim sejati, rasanya mereka harus muhasabah diri dahulu. aku yang mungkin ilmu agamanya ini yang tidak sampai setitis air di laut pun tahu perbuatan itu salah. DALAM ISLAM, TIDAK PERNAH KITA DIAJARKAN BEGITU!

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” (QS. Al An’aam: 108).

Selasa, 12 Januari 2010

Selamat siang.

hehe, kelakar jap bila ramai yang comment kat aku jadi lapar bile tgk post aku yang sebelum ni.maaflah yer...tidak bermaksud nak buat kalian semua jadi terliur. sebab aku sendiri bila terbayang burger prosperity dan chocolate sundae akan menelan air liur sendiri secara refleks..hehe :P nasib baik lah dah selamat makan siang :)

HOME SWEET HOME

ya, rumah aku bukan di sini. rumah yang nun jauh di sana sudah pasti yang pertama di hati. *oke-oke, jangan buat diri sendiri menjadi homesick* tajuk di atas merujuk pada kediaman sekarang di bandung, indonesia. di Dago Asri. Sebenarnya ini adalah seperti private hostel,ataupun jika di sini dipanggil kostan. Kostan ni macam sebuah rumah yang besar, kemudian ada bilik-bilik. lebih kurang macam asrama. lebih selesa daripada asrama sebenarnya, tetapi tergantung juga terhadap bayaran, kawasan, dan pemilik kostan. di kostan lebih bebas pergerakan sebab boleh masuk dan keluar sesuka hati jam berapa yang dimahukan. kalo seperti hostel di uni Malaysia, mungkin agak terbatas * maaf kalau salah, hanya menduga sahaja daripada pengalaman abang dulu*

kostan yang aku tempati sekarang sangat menepati citarasa *ahaks :P* bayaran agak mahal, tapi tak mengapalah. aku perlukan sesuatu tempat yang membuatkan aku jadi tenang setelah seharian bergelut di klinik. huuuuuffffttt! bila balik ke bilik jadi rasa tenang dan mahu tidur saja rasanya. ini semua sebab godaan katil ^_^

di kostan ini semuanya sudah lengkap. kemudahan yang ada seperti akses internet 24 jam, hot water, laundry, air minum, nasi putih sentiasa ada di dapur, siaran indovision (seperti astro) di setiap bilik.

tempat beradu


wardrobe


internet, penyelamat dunia pertama



penyelamat dunia kedua



penyelamat dunia ketiga



night lamp canthek. di beli di jatinangor 2 tahun yang lepas. ying dan yang


teman tidur yang akhirnya akan bergelimpangan di atas lantai di waktu pagi


maaf, gambar bilik air tidak diupload. segan lah pulak. dadaaaahhh~

prosperity






hye...
ok, malam ni aku blogging lagi. hehe, takpe lah..biarkan lah aku blogging selagi aku masih rajin untuk blogging. so that, tidaklah berhabuk yer blog aku ni nanti.

tadi pergi lepak mcD...sara ajak. mula-mula macam malas. tiba-tiba teringat burger prosperity yang sekarang dah kembali bermusim. hehe, terus ON join the club! sekarang ni nak kemana-mana perlu bawa kamera. yelah, orang dah ada blog kan..mestilah nak post up gambar-gambar yang menarik. memandangkan camera handphone yang cuma 3.0mega pixel. haih, nak tukar handphone? rasanya keinginan tersebut terpaksa dikategorikan dalam larangan buat masa ini. "tidak boleh, syareena tajuddin!" nanti ayah pasti akan bising. ayah paling tak suka kalau anak-anak membazirkan duit untuk benda selain pelajaran dan makan. ayah akan cakap membazir. buat apa handphone perlu benar-benar canggih kalau akhirnya digunakan untuk telefon dan sms saja. betul jugak cakap ayah. tapi biasalah anak muda zaman sekarang. mana nak pakai handphone 'tamagochi' lagi. hehe.

ayah betul-betul nak anak-anak belajar hidup susah. kalau kami adik beradik minta macam-macam dekat ayah, ayah akan tanya dulu apa pentingnya benda tu. sekiranya benda tu sangat penting, besok juga ayah akan belikan. tapi kalau benda tu tak berfaedah, ayah akan bising. suruh kami cari benda yang lebih bermanfaat untuk dibeli. tapi bila kami merajuk, ayah akan belikan juga. mungkin ayah tak sampai hati rasanya tengok anak tak dapat benda yang diinginkan. mungkin juga ayah tak mahu anak-anak merasakan kekurangan yang dia rasakan sewaktu kecil dulu. ayah orang susah. ayah selalu bercerita tentang perihnya hidup orang yang tak berpunya. diperlekehkan orang. mahu ini itu tapi hanya mampu melihat dari jauh atau pun berangan saja. menuntut ilmu saja harus berjalan kaki berkilo-kilo meter meredah panas terik, hujan. anak muda sekarang, mahu berjalan sedikit sudah muncung mulut sampai boleh sangkut hanger. aduhai~

aku sangat kagum dengan ayah boleh menjadi seorang Tajuddin Adan yang berjaya sekarang. hah, hanya bermula sebagai seorang anak kampung, dan juga anak yatim. tapi aku tahu ayah bekerja kuat. hmm, nanti akan ada satu post di blog aku kemudian yang berkenaan seorang Tajuddin Adan.tunggu yer? yes, he is my idol. i wish i will be like him one day. Ayah, i miss you so much!

Kau Aku


Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Isnin, 11 Januari 2010

susahnya nak bangun pagi ^-^


Hello everybody, good morning! (too late kot nak cakap morning, almost afternoon dah)

susah betul nak bangun pagi. biasanya lepas bangun subuh jam 5.30 pg w.i.b , mata berat sangat dan terpaksalah merangkak balik naik atas katil. hehe :P ingat lagi dulu waktu masih di rumah, selalu kena bebel dengan ibu sebab bangun lambat.maybe,i'm just not morning person.




OMG, i miss ibu so much. semalam ayah call, dan bagitau mungkin akan datang ke bandung dengan ibu minggu depan. hmm, i don't want to get too excited coz dah banyak plan sebelum ni tapi tak jadi. ayah sangat sibuk lately, angah tahu and angah tak salahkan ayah. sejak angah dah masuk praktikal di klinik, angah dah tau macam mana sibuknya orang yang bekerja. kadang-kadang tu nak makan pun xsempat. sedihkan perjalanan hidup aku seharian? tapi tak mengapa, merawat pesakit itu tugas yang mulia, dan dapat pahala lagi kalau kita benar-benar ikhlas. inilah prinsip yang aku pegang selama menjalani praktikal ni. aik, kenapa tiba-tiba jadi mellow ni..hehe.

ok, hari ini aku akan masuk klinik petang. kawan aku nak buat control scaling dekat aku. lepas itu, aku ada pesakit RPD(removable partial denture)..iaitu, gigi palsu separa. aku belum pernah jumpa lagi pesakit ni. petang ni my 1st appointment with him/her. harap-harap aku dapat selesai buat RPD ni dalam masa sebulan sahaja. pray for me ok..^_^

yes, finally i did it!

huuuuffftt, ternyata nak buat blog susah jugak yer
nak pilih template for blog pun dah berjam-jam. cool x my template...wuuuuwww, susah babe cari template yang betul2 berkenan di hati..ecehhhh :P
layout dah cool dah, and now semuanya tergantung pada diri sendiri sama ada konsisten atau tidak dalam blogging. aku xnak lah my blog bernasib yang sama dengan diari2 ku..
Setiap tahun ada diari ok? tapi penulisan hanya bertahan sehingga muka surat yang ketiga sahaja :P
harap2 aku akan konsisten dalam menulis blog.harapan tinggi rasanya, memandangkan pencapaian aku dalam facebook agak membanggakan ;)

p/s: era, angah dah ada blog :) (my youngest sister pun dah lama ada blog ok? remaja zaman sekarang~)